Layan je la..lalala~~~

Monday 8 August 2011

Pesanan buat si dia..




1) Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya lupa pada segala-galanya..

2) Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

3) Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

4) Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya sendiri..

5) Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu terletaknya syurga..

6) Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapaknya itu adalah syurga..

7) Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan dari rupanya..

8) Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

9) Tolong ingatkan si dia,,aku kasihinya kerana sopan santunnya..

10)Tolong tegur si dia apabila dia mengagungkan cinta manusia..

11)Tolong tegur si dia apabila dia tenggelam dengan angan-angannya..

12)Tolong tegur si dia, andai nafsu telah mengawal fikirannya..

13)Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

14)Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

15)Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

16)Tolong beritahu si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

17)Tolong beritahu si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

18)Tolong sampaikan pada dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...