Layan je la..lalala~~~

Thursday 18 August 2011

Apa itu cinta??






1) Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu tanggung jawab..

2) Mereka yang bermain dengannya,,menyebutnya sebuah permainan..

3) Mereka yang tidak memilikinya,,menyebutnya sebuah impian..

4) Mereka yang mencintai,,menyebutnya takdir..

5) Kadang2 Tuhan lebih mengetahui yang terbaik,,lalu memberi kesusahan untuk menguji kita..


6) Kadang2 cinta pun dapat melukai hati,,supaya kita menjadi lebih matang dan sebagai pengajaran..

7) Jika kita kehilangan cinta,,maka pasti ada alasan di sebaliknya..Alasan yang kadang2 susah untuk kita mengerti,,namun kita tetap harus percaya dan terima bahawa ketika Tuhan mengambil sesuatu, sebenarnya Tuhan sudah menyediakan sesuatu yang lebih indah untuk kita..

Mengapa kita harus menunggu?
Kerana walaupun kita ingin membuat keputusan,,kita tidak ingin tergesa-gesa..
Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat,,kita tidak ingin sembarangan..
Kerana walaupun kita ingin segera berjumpa dengan orang yang kita cintai,,kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu..
Jika ingin berlari,,belajarlah berjalan duhulu..
Jika ingin berenang,,belajarlah mengapungkan diri dahulu..
Jika ingin dicintai,,belajarlah mencintai dahulu..
Pada akhirnya,,lebih baik menunggu orang yang kita inginkan,daripada memilih apa yang ada..
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai,,daripada memuaskan diri dengan apa yang ada.. 
Tetap juga lebih baik menunggu orang yang tepat,,kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah,,kerana menunggu mempunyai satu tujuan yang mulia..

8) Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang tidak ternilai harganya kerana dengan cintalah kita dapat menjalani hidup ini dengan gembira..


9) Cinta itu memang indah tapi hati-hatilah sebab kadang2 cinta boleh membuatmu menderita..


10)Cinta Pertama Adalah Kenangan..Cinta Kedua Merupakan Pengajaran..Cinta Yang Seterusnya Adalah Satu Keperluan..Kerana Kehidupan Tanpa Cinta Ibarat Seperti Perjalanan Yang Tiada Perhentian.. 

Monday 8 August 2011

Pesanan buat si dia..




1) Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya lupa pada segala-galanya..

2) Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

3) Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

4) Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya sendiri..

5) Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu terletaknya syurga..

6) Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapaknya itu adalah syurga..

7) Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan dari rupanya..

8) Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

9) Tolong ingatkan si dia,,aku kasihinya kerana sopan santunnya..

10)Tolong tegur si dia apabila dia mengagungkan cinta manusia..

11)Tolong tegur si dia apabila dia tenggelam dengan angan-angannya..

12)Tolong tegur si dia, andai nafsu telah mengawal fikirannya..

13)Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

14)Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

15)Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

16)Tolong beritahu si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

17)Tolong beritahu si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

18)Tolong sampaikan pada dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Sunday 7 August 2011

Amalan sebelum tidur..





Hehe,,bukan aku yg letak..aku pak ucu baik..


Tidur pon pakai gelang.."cheras gangster ni"..



Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumah putrinya Sayyidah Fathimah. Ketika itu, Fathimah sudah siap-siap berbaring untuk tidur. Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Fathimah putriku, lâ tanâmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum Mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.”

Fathimah bertanya, “Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?” Rasulullah saw menjawab, “Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.”

Yang dimaksud dengan Qul huwallâhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas, bukan ayat pertamanya saja. Dalam banyak hadis, sering kali suatu surat disebut dengan ayat pertamanya. Misalnya surat Al-Insyirah yang sering disebut dengan surat Alam nasyrah.

Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, “Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat: “Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ shalayta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim. Allâhumma bârik ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ bârakta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim fil ‘âlamina innaka hamîdun majîd.”

“Kemudian supaya kamu memperoleh rasa ridha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga ridha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.”

Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur.

Dalam hadis itu tidak dicontohkan istighfar macam apa yang harus kita baca. Tapi ada satu istighfar yang telah dicontohkan oleh orang tua-orang tua kita di kampung. Biasanya setelah solat maghrib, mereka membaca: “Astaghfirullâhal azhîm lî wa lî wâlidayya wa lî ashâbil huqûqi wajibâti ‘alayya wal masyâikhina wal ikhwâninâ wa li jamî’il muslimîna wal muslimât wal mukminîna wal mukminât, al ahyâiminhum wal amwât. Ya Allah, aku mohonkan ampunan pada-Mu bagi diriku dan kedua orang tuaku, bagi semua keluarga yang menjadi kewajiban bagiku untuk mengurus mereka. Ampuni juga guru-guru kami, saudara-saudara kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup mahupun yang telah wafat.”

Apabila kita amalkan istighfar itu sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. Istighfar kita, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita. Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.

Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, “Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah.” Bagaimana caranya? Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.”

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah (cuek), tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir.

Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, nescaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah. ■ Wallahualam bissawab..

Saturday 6 August 2011

Gamba aku masa kecik2..comel x??



Ha..disaat aku lahir..sape la yg kne dokong tu..da la berat..ksian mak aku..

Di kampung nenek aku di benut, pontian..aku yg pkai baju kuning tu..


Cita2 nak jadi penyanyi,,tapi x pela,,masuk u dulu..amek diploma..tambah ilmu pengetahuan..


Kecik2 ag da smart,,da taw protokol taw..aku yg sebelah knan sekali..



Ni semua adik beradik aku..ade 4 orang je..hehe..seksi plak aku..sory2..



Ha..hijau tu sume family aku..jgn ingt aku anak mak ea kalo aku ade kt sbelah mak aku..
aku cume nak amek gmba depan2 je..terang ckit gmba aku..


Lambat sgt grad uitm,,grad tadika ag cepat..uwekz!!

Friday 5 August 2011

Puasa..puasa..puasa..



Sekarang ni bulan puasa,,masih x dapat nk balik umah,,puasa bersama family,,sedih sekali..terpaksa la berpuasa di UiTM segamat ni bersama kawan2..rindu dengan masakan jawa mak sy..hurm..bila puasa ni,,ingat lagi time sy masih kecik2 ag,,suka main meriam,,pastu kne serbu dgn polis,,sebab kite org main sebelah berek polis..hehe..parit bsar pon sy boleh lepas bila lompat,,smpai2 umah je mak tnye,,ni knape peluh2 ni,,pnat sgt ke terawih tu??hehe..bnde yg paling best time ramadhan ni,,umm,,mstilah bazar ramadhan kn..mcm2 juadah ade..tergugat iman bile tgok makanan2..nsib baik sy ni jenis x kuat makan,,so,,x bape kesa la psal mkanan2 ni..jnji dapat alas perut pon jadi la..roomate saya juga ada yg bawak periuk nasi,,kdang2 roomate(chef handalan) akan memasak nasi goreng untuk santapan kami satu wing..hehe..so,,puasa ni dapat la jimat sikit2..satu bnde lagi sy nk cite,,Komander pon ade buat gerai roti john di bazar ramadhan uitm,,sy suka tlong2 kt sana untuk tarik ramai pelanggan(student la)..seronok woo..best2..sape2 yg student uitm segamat tu,,jemputlah datang ke gerai kami..

Selamat Datang Ke Blogku..





Hehe..selamat datang ke blog saya yg tak seberapa ni..baru belajar katakan..terima kasih atas kesudian anda datang ke blog sy ni..sy harap anda semua tak keberatan untuk mengajar sy mencantikkan lagi blog sy ini..:) pertama sekali,,sy nk bgtahu,,ape2 yg dipaparkan dalam blog ini tiada kne mengena antara seseorang yg msih idop ataupun yg mati,,ia cuma sekadar kata-kata dan suka-suka sahaja..kedua,,sy mengalu-alukan kedatangan anda semua kedalam blog ini bagi memeriahkan blog sy ini..ketiga,,jika anda mahu mengambil apa2 ayat didalm ini,,silakan,,saya x kesah..n last skali..jgn lupekan blog ini..bila ada masa datang lagi ye..

Ayat dalam bercinta :-




1) Saya da bnyak kali jatuh,,sumenya rasa sakit,,tapi yang ini bila saya jatuh,,rasa best plak.."jatuh cinta"..

2) Pada saat kamu cinta padanya,,kamu akan selalu menantinya dengan setia..

3) Putus cinta memang pahit sekali..tapi ingatlah ada yang lebih baik sedang memandang kita..ada yang lebih baik yang Tuhan akan hadiahkan pada kita..

4) Kau tahu kenapa aku sayang kau??sebab kau faham apa yang aku nak,,kau tahu apa yang aku suka,,lagi satu kau x pnah jemu untuk pujuk aku,,wlaupun aku tahu kau memang da cukup penat untuk pujuk aku..

5) Dimana ada cinta,,disitu pasti ada perpisahan..

6) Knape dia yang perlu muncul,,dan dia juga yang perlu pergi..

7) Kadang2 orang yang kita cintai adalah orang yang suka menyakiti hati kita dan kadang2 juga kawan yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari..

8) Cinta itu seperti menunggang basikal,,setiap kali kita terjatuh,,kita tidak akan serik untuk mencuba lagi..sape2 yg nk rasa apa itu cinta,,naiklah basikal ea..

9) Apalah sangat cinta itu jika dilafaz melalui mulut saje dan bukan datang dari hati..

10)Jangan permainkan perasaan aku lagi..Aku sudah letih..Biarkan aku pergi..

11)Saya ada satu hati je,,jika gembira,,hati itu lah,,jika bersedih,,hati itu juga,,jika bahgia,,hati yang satu itu juga,,jika bercinta,,hati itu je yang ada,,jika terluka,,itu lah hati nya,,terlalu satu untuk menerima banyak perkara..

12)Saya tak minx awak sayang saya pon,,cuma satu je saya minx,,selalu2 lah ingt kt saya ni..

13)Lihat..lihat kedalam mata aku..cinta kamu bertakhta di hati..

14)Bila saya da start suka kt awak,,baru skunk awk ckp awk anggap saya sebagai kawan je..

15)Hari ini kau kata cinta,,esok kau kata benci..

16)Jaoh atau dekat,,dimana pon kamu berada,,saya akan sentiasa ada disisi awak,,itupun kalau awak bawak fon awak la..

17)Saya tak nak masukkan awak dalam lokap,,nanti awak boleh keluar..Saya nak penjarakan awak dalam hati saya boleh tak??

18)Saya tunggu awak sepanjang hidup saya,,macam saya tunggu bas dekat stesen keretapi..

19)Hati saya ni memang ada satu je,,memang untuk "awak" seorang..

20)Pada angin aku sampaikan kasihku,,agar kamu dapat rasakan rinduku..

21)kita tak pandai pujuk lah,,tapi kita sayang awak ok..

22)Tak kesah bukan bermakna aku tak amek berat pasal kau,,aku cume xnk rasa kau terkongkong,,tak hirau bukan bermakne aku x sayang kau,,aku cume nk bagi kau rndu kat aku je..

23)Bila hati saya rindukan awak..saya dekatkan diri pada Tuhan..Biar Tuhan sampaikan rasa rindu saya ini pada awak..

24)saya sayang awak..kenapa susah sangat untuk awak sedar???

25)saya suka merajuk sebab nak awak pujukkan saya..

26)saya benci orang yang kuat merajuk..sebab saya x pandai nak pujuk2..

27)Tiada apa yang perlu saya maafkan,,mencintai kamu itu bukanlah satu kesilapan..

28)ape yang saya tahu di hati dan di mata saya..hanya ada kamu seorang sahaje!!!

29)kalau teman lelaki kamu kuat cemburu..terimalah hakikat bahawa dia x berniat lukakan hati kamu..mungkin ini sifat semula jadinya..kamu janganlah ambil hati..bagilah dia masa untuk berubah..

30)Jgn kamu aggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat..ingat!!nasihat bermaksud mengingati..dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah..itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu..

31)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang,,terutamanya dari orang yang disayangi..Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang kepada mereka..Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...