Layan je la..lalala~~~

Friday 5 August 2011

Cinta saje :-



1) Lelaki memang kelihatan selamba wlaupun tgh bersedih,,sebab lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yang mudah menyatakannya melalui air mata..

2) Jangan la cakap saya suka ganggu awak..da macam hantu plak saya ni..kira ok la saya ganggu..daripada orang yang tak dapat cinta dari awak,,pastu bunuh diri,,jadi hantu,,menghantui diri awak..awak nk ke??

3) Hello!!aku peragut..dan aku disini nak meragut hati kau!

4) Cinta yg ikhlas adalah cinta yg dilihat melalui hati..

5) Tak knal maka tak cinta,,Bila da knal hati berbunga2..

6) Mungkin saya memang bangang sebab suka awak..Mungkin saya memang bengang dengan sikap awak..mungkin juga saya memang bengong sebab suka layan kerenah awak..tapi awak da ajar saya erti kehidupan sebenar..

7) Nak tulis ayat-ayat cinta memang senang,,nak cari cinta tu yang payah sikit..

8) Sekarang saya kurus,,tapi nanti kalau saya jadi gemuk ke,,agak2 awak sayangkan saya lagi x???

9) Jaga lah aku seperti layang2,,boleh terbang bebas,,tetapi kawal lah sikit supaya aku tidak lari jauh dari kamu..(ayat nak lari dari kongkongan pasangan)

10)Walaupun awak menjauh,,cinta itu masih ada..

11)Pompuan selalu merajuk dan kadang2 buat2 merajuk kerana inginkan perhatian dari lelaki..Tapi selalunya lelaki buat tak tahu je kan..

12)Kdang2 kita ni terlalu bodoh untuk menilai erti sebuah perhubungan..Sebab kita terlalu asyik terhadap seseorang itu lalu meninggalkan orang mencintai kita dan mencintai orang yg akan meninggalkan kita suatu hari nnti..

13)Lambai tangan suda,,Kenyit mata pon suda,,knape dia masih x perasan lagi??um..btol la istilah Cinta Itu Buta...

14)Tak payah la kunci pintu hati awak tu,,bagi la saya masuk..siap nk mangga2 plak..

15)saya suka awak lah..awak faham ke x ni??awak nk saya cakap dalam bhasa jawa ke baru awk faham??ke nak bhase siam??

16)Hati saya berbunga..bila senyuman terukir di wajah awak..hati saya merindu..ketika awak jauh di mata..hati saya cemburu..bila melihat awak bersama yang lain..hati saya menangis..bila awak semakin menjauh..sesungguhnya hati ini menginginkan cinta awak..setulus hati..

17)Hati saya ini,,kalau kamu tidak mahu menjaganya,,itu tidak mengapa,,tapi janganlah kamu asyik menyakitinya..sakit sgt..

18)ee..Budak ni..aku cepuk gak kang..haha..sy rindu awk..knape susah sgt untuk awk sedar??

19)Jangan pernah melukakan hati seseorang jika kita tidak mampu untuk membuatnya tersenyum semula..Jangan pernah membiarkan dia menangis andai kita tidak mampu untuk membuat dia tertawa..

20)Kita tidak pernah takut untuk mengatakan cinta pada seseorang,,tapi kita takut untuk mendengar jawapannya kan??

21)Cinta itu indah dalam mimpi dan lagi membahgiakan jika ia menjadi realiti..

22)Jika aku dapat meminta,,aku akan meminta hati kamu ..Jika aku dapat memilih,,aku akan memilih diri kamu..Jika aku dapat memohon,,aku akan memohon agar dapat bersama diri kamu selamanya..

23)Kalau kamu x mampu untuk membuat org lain gembira,,janganlah pula kamu menambah lukanya..

24)Sejauh mana saya pergi..Dalam hati cuma ada kamu..Kerana itu saya tidak pernah merasa sendirian walau dimana saya pergi kerana dalam hati ini juga ada kamu yang sentiasa menemani walaupun diri kita terpisah jauh..

25)Biar jauh dimata,,tapi dihati jangan berganjak walaupun seinci..

26)Aku hanya mampu melihat dari jauh..Kerana aku tahu..Aku tidak akan pernah mampu menawan hatimu..

27)Jangan terlalu harapkan kesempurnaan..sehingga melukakan hati orang yang kita sayang..

28)Bukan harta karun yang aq nk cari,,tapi kejujuran dan keikhlasan hati..

29)Kdang2 cinta itu ada didepan kita,,cuma kita je x perasan..

30)Kau sakitkan hati aku,,kau kecewakan hati aku,,tapi kau kata kau sayangkan aku??

31)Jangan menangis kerana cinta...menangislah kerana dosa di atas cinta kita..

32)Tahu x dalam hati kita ni penuh rasa rindu..tapi sayangnya,,kita x tahu nk bagi kt sape kn..mungkin sebab kita x tahu sape yg rindukan kite saat ini kan..

33)Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..

34)Kita dikurniakan hati,,untuk dijaga bukan untuk disakiti,,kita memiliki rasa cinta,,untuk merasakan bahgia bukan untuk terluka..

35)Kalau dah tahu cinta tu hanya mengundang air mata..mengapa nak dikejar lagi??

36)jika awak sayang saya,,saya akan sentiasa ada dihati awak,,tapi kalau awk membenci saya,,saya akan selalu ada diminda awak..

37)Saya tidak mampu menjaga banyak hati..lebih baik,,saya menjaga hati saya sendiri serta orang yang saya sayangi..

38)Gua datang sini nak pikat sama Lu!!!Gua dengar Lu single..Lu mau x??

39)Perkataan cinta tidak pernah berubah,,cuma insan yang selalu berubah hatinya..

40)Jika apa yang kamu lihat melalui mata tidak dapat menolong kamu,,pejamkanlah mata.. Lihat melalui hati..Sebab hati boleh melihat kecantikan dan cinta lebih baik dari apa yang mata lihat..

41)cinta bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang sempurna bagi seseorang,,tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri dan dengan kehadirannya itu yang buat kamu sempurna..

42)Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...